Khemah, pemanas, beg tidur amat diperlukan mangsa di Turkiye

Khemah, pemanas, beg tidur amat diperlukan mangsa di Turkiye

DUTA Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal melawat markas operasi pasukan Malaysia di Gazientep, Turkiye. - GAMBAR IHSAN WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ratusan ribu mangsa gempa bumi di selatan Turkiye pada ketika ini lebih memerlukan pelbagai barangan keperluan daripada komuniti antarabangsa bagi meneruskan kehidupan di zon bencana.

Menurut kenyataan Wisma Putra, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Malaysia yang melakukan sesi tinjauan awal mengenal pasti enam jenis barang amat diperlukan antaranya khemah musim sejuk, selimut tebal, alat pemanas serta bilik mandi dan tandas mudah alih yang akan ditempatkan di kawasan strategik dekat khemah mangsa-mangsa bencana.

Pasukan Malaysia juga jelasnya, memerlukan banyak beg tidur dan kontena sebagai rumah sementara untuk mangsa yang tidak dapat bermalam di khemah yang agak terhad.

Justeru tambah Wisma Putra, rakyat Malaysia yang ingin membantu mangsa gempa itu boleh menyumbangkan terus derma kepada Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri untuk digunakan bagi pembelian segera segala barang diperlukan secara pukal sebelum diagihkan kepada pelbagai lokasi penempatan mangsa.

Tabung tersebut yang diselia Wisma Putra, membolehkan setiap penyumbang layak untuk dituntut sebagai pengecualian di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan yang boleh disalurkan menerusi akaun Affin Islamic Bank Berhad Cawangan Putrajaya dengan nombor akaun 1054 9000 0599 atas nama rasmi tabung berkenaan.

Bagi tujuan rekod dan resit rasmi, sila dinyatakan butiran sumbangan melalui pautan https://tinyurl.com/yck9tnen manakala e-mel rasmi tabung ini ialah [email protected].

Setakat ini, jelasnya, seramai 142 anggota dan dua ekor anjing pengesan terlibat dalam pasukan Malaysia diketuai Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) terdiri daripada pelbagai agensi sekali gus muncul pasukan SAR pertama dari negara rantau ASEAN yang tiba di lokasi bencana.

Malaysia juga menggerakkan Hospital Medan yang akan beroperasi lusa, manakala 30 tan peralatan turut dibawa menerusi dua pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), bersama 38 anggota teknikal dan 50 petugas perubatan yang membawa peralatan tambahan seberat 8.8 tan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya