Kertas Putih Kesihatan merangkumi cadangan rakyat

Kertas Putih Kesihatan merangkumi cadangan rakyat

DR Noor Hisham Abdullah (tiga kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Bryan Lin (kanan) melakukan gimik pelancaran sambutan ulang tahun ke-60 Persatuan Pakar Bius dan Pembedahan Global Malaysia di SJMC di Subang Jaya hari ini. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan antara cadangan yang dibangkitkan melalui Kertas Putih kesihatan dalam menaiktaraf pentadbiran sistem kesihatan negara.

Ketua Pengarah  Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dokumen yang bakal dibentangkan di Parlimen itu juga merangkumi perkara-perkara dinginkan oleh rakyat.

Menurut beliau, dokumen tersebut juga perlu dibahaskan terlebih dahulu bagi mengambil kira setiap idea dan cadangan daripada semua pihak sebelum direalisasikan dalam sistem perkhidmatan kesihatan negara.

“Itu sebab kita ada kertas putih kesihatan yang akan dibentangkan di Parlimen dan ini adalah satu cadangan daripada rakyat, apa yang umum inginkan dan bagaimana kita nak ubah cara pentadbiran organisasi.

“Ini juga terbuka kepada perbincangan dan persetujuan ahli parlimen daripada dua belah pihak (kerajaan dan pembangkang) untuk kita memajukan lagi perkhidmatan kesihatan dalam negara,” katanya semasa sidang media selepas melancarkan Global Surgery Initiative sempena Ulang Tahun ke-60 Persatuan Pakar Bius Malaysia (MSA).

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, sudah tiba ma­­sanya sistem kesihatan ne­ga­ra dirombak dan bukan sahaja membabitkan perjawatan tetapi merangkumi perkhidmatan kesihatan, kewangan serta pencegahan penyakit dengan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan.

Pertambahan populasi 32.9 juta penduduk pada tahun ini di samping 15 peratus rakyat berusia lebih 60 tahun menje­lang 2030 menuntut reformasi perkhidmatan kesihatan dilaksanakan agar tidak terus membebankan kewangan negara.

Ketika ditanya mengenai perkembangan perbincangan berkaitan isu doktor kontrak, Noor Hisham menjelaskan bahawa, Kementerian Kesihatan memang mengharapkan penambahan jawatan tetap namun ia di luar kawalan kementerian tersebut tetapi di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan iaitu daripada segi peruntukan serta sebagainya.

“Memang kita akan cuba. Tahun ni kita dapat lebih kurang 5,000 jawatan tetap, itu merupakan satu perkembangan yang baik tetapi setiap tahun doktor kembali jadi sekiranya kita tidak tawar (jawatan) doktor kontrak hanya kekal dengan jawatan tetap sahaja, mereka akan tunggu lebih lama.

“Jadi untuk kurangkan jangka masa menunggu, kita bagi kontrak. Penyelesaian juga bukan di pihak Kementerian Kesihatan tetapi ini berkaitan jawatan, bergantung pada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan JPA,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya