Kerja satu pasukan, walaupun ada sejarah pergaduhan besar

Kerja satu pasukan, walaupun ada sejarah pergaduhan besar

ANWAR Ibrahim diiringi Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof pada Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga JPM bagi bulan Februari 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan komitmen dan keyakinan pasukan kerajaan perpaduan ketika ini mampu mengetepikan pertelingkahan lalu dan bekerjasama mengangkat konsep Malaysia Madani.

Beliau berkata, ia dapat dicapai melalui kesatuan pemikiran semua anggota pentadbirannya dan tekad yang sama walaupun beliau dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sendiri merupakan seteru politik.

“Saya dari segi peribadi, setakat ini pasukan ini nampak bekerja, walaupun latar belakang pelbagai dan sejarah pertelingkahan dan pergaduhan besar terutama Timbalan Perdana Menteri di kanan saya, tetapi Alhamdulillah tidak boleh dinafikan ada kesatuan pemikiran dan tekad itu wujud.

“Kita bekerja (sebagai) satu pasukan dan mengangkat Malaysia Madani,” katanya ketika berucap dalam Perjumpaan Bulanan dengan Warga Jabatan Perdana Menteri, di sini hari ini.

Anwar berkata, terdapat banyak ruang untuk diperbaiki dengan semangat membawa perubahan untuk memperlihatkan satu keadaan lebih baik melalui kerjasama pasukan pimpinan dan komitmen penjawat awam.

“Ada pihak yang menegur tak patut saya menyebut perkara lama namun imej negara, ekonomi negara dan keterlanjuran yang berlaku itu tidak boleh dinafikan malah haris ada kekuatan dan tekad baharu daripada semua kalangan.

“Disebabkan itu, pada setiap kali perjumpaan dengan penjawat awam saya akan gesa kerana jika mahu menentukan kejayaan ‘pembebasan’ ini, ia tidak hanya melibatkan tokoh-tokoh politik sebaliknya harus disertai dengan semangat dan komitmen menyeluruh penjawat awam,” tegas beliau.

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya