Kerajaan tekad kurangkan defisit fiskal 3.2 peratus pada 2025 - PM - Utusan Malaysia

Kerajaan tekad kurangkan defisit fiskal 3.2 peratus pada 2025 – PM

ANWAR Ibrahim di Parlimen. - JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad mengawal paras hutang negara di bawah pentadbirannya.

Katanya, kawalan itu dibuat melalui pengurangan defisit fiskal 2023 kepada 5 peratus berbanding 5.6 peratus pada 2022.

“Kerajaan bertekad untuk mencapai tahap defisit fiskal yang mampan dalam jangka masa sederhana dengan sasaran 3.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2025 tertakluk pada pertumbuhan ekonomi yang terus kukuh.

“Bagi mengekang peningkatan hutang, pinjaman baharu mestilah lebih rendah dan sebaik-baiknya untuk membiayai pembangunan yang membawa pulangan serta dampak langsung kepada rakyat,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 hari ini.

Justeru katanya, Rang Undang-undang Tanggungjawab Fiskal akan dibentangkan ke Parlimen pada tahun ini.

“Ini satu-satunya jaminan supaya kebijakan ekonomi itu lebih telus dan bertanggungjawab bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya ketelanjuran berterusan pada masa mendatang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya