PETALING JAYA: Kerajaan akan membekalkan 50,000 komputer riba untuk sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana kerajaan sedar bahawa wujud perubahan di zaman teknologi yang memerlukan pengajaran dan pembelajaran guru beradaptasi dengan digital.
“Peranan Guru adalah penting dalam mendidik dan memanusiakan anak-anak,” katanya. – UTUSAN