Kerajaan Perlis usaha buka semula zon aliran bebas Wang Kelian - Utusan Malaysia

Kerajaan Perlis usaha buka semula zon aliran bebas Wang Kelian

Mohd. Shukri Ramli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan bersama pihak berkuasa Thailand bagi membincangkan secara lebih lanjut berhubung pembukaan semula zon aliran bebas Wang Kelian.

Perbincangan tersebut adalah bagi mendapatkan persetujuan kedua-dua pihak bagi pembukaan semula zon aliran bebas berkenaan yang telah dimansuhkan sejak tahun 2015.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, pihaknya juga telah berbincang dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung pembukaan semula zon aliran bebas itu yang amat berpotensi dalam menarik lebih ramai pelancong ke negara ini.

“Menteri juga telah meminta kerajaan negeri untuk berhubung dan berbincang dengan pihak berkuasa Thailand secara lebih lanjut tentang pelaksanaan pembukaan semula zon aliran bebas di Wang Kelian,” katanya selepas Program Rehlah Keluarga Syarikat Air Perlis (RAKERSAP) di Tangki Air SAP Anak Chelong, di sini, hari ini.

Zon Aliran Bebas di Wang Kelian mula ditutup pada 1 April 2015 sebagai langkah kawalan pergerakan keluar masuk dan kawalan sempadan bagi menyekat ancaman dan mengekang penyeludupan barangan terlarang.

Pemansuhan itu dibuat susulan daripada penemuan penempatan sementara dan kubur besar menempatkan 139 mayat mangsa pemerdagangan manusia di Bukit Wang Burma di sini.

Penemuan penempatan dan kubur berkenaan sebelum ini juga telah menjadi isu pemerdagangan terbesar dalam sejarah negara malah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) turut ditubuhkan berhubung kes itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya