Kerajaan akan umum program ganti pengeluaran KWSP

Kerajaan akan umum program baru ganti pengeluaran KWSP dalam Belanjawan 2023

KWSP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memperkenal program atau skim bantuan kepada rakyat yang terkesan akibat gangguan ekonomi pasca pandemik Covid 19 tanpa perlu mengeluarkan caruman  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli berkata, perkara itu akan diumumkan dalam Belanjawan 2023.

“Ada beberapa perkara yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Kita tunggu pengumuman bajet. Ini termasuk contohnya membuka peluang kepada B40 ke bawah menjana pendapatan tambahan.

“Dalam masa sama, harapan kita melalui kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke 12, kita melihat kepada dasar dan program yang boleh meletakkan sasaran pertumbuhan gaji. Tidak boleh letak kepada kos sara hidup semata, tetapi pastikan kenaikan gaji dan hal itu tidak diserah semata mata kepada kepada pasaran (menentukan). Ini adalah perkara jangka sederhana dan panjang.

“Kalau kita berjaya memastikan program subsidi disasarkan kepada kumpulan benar benar memerlukan maka kesan kenaikan kos sara hidup akan ditangani dengan lebih baik. Ini sekumpulan dasar yang perlu dilakukan sekali gus,” katanya dalam sidang media selepas Dialog Strategik Bersama Yang Berhormat Menteri Ekonomi hari ini.

Kelmarin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan membenarkan pengeluaran KWSP demi memastikan masa depan pencarum terjamin.

Menurut Rafizi, kerajaan amat tidak menggalakkan pengeluran KWSP kerana Malaysia menuju ke arah negara menua dengan bertambahnya golongan pesara berbanding remaja.

Katanya, kehidupan waktu tua pada waktu akan datang memerlukan kewangan yang lebih banyak berbanding sekarang dan seharusnya rakyat mempunyai simpanan.

“Kita perlu berhati hati mengeluaran KWSP biar pun buat masa sekarang diperlukan, tetapi kos yang mereka bayar itu tinggi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya