Kenyataan Ismail Sabri: Biar rakyat dan ahli UMNO nilai sendiri

Kenyataan Ismail Sabri: Biar rakyat dan ahli UMNO nilai sendiri

AHMAD Zahid Hamidi (kanan) melihat buku Pelan Strategik Jabatan Kemajuan Masyarakat 2022-2026 pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kemajuan Desa dan Wilayah Bil2/2023 di Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah, di Putrajaya.- UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu ahli-ahli dan akar umbi supaya menilai sendiri kenyataan serta dakwaan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

Menurutnya, beliau secara peribadi tidak mahu mengulas mengenai dakwaan dibuat bekas Perdana Menteri itu.

“Saya tidak ada pandangan yang boleh menyanggah atau bersetuju dengan kenyataan itu. Jadi, kita serahkan kepada masyarakat terutama ahli-ahli UMNO untuk menilai sendiri perkara itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau beranggapan kenyataan dibuat Ismail Sabri adalah situasi biasa yang selalu dinyatakan tokoh pemimpin yang telah meninggalkan jawatan yang dipegang.

“Itu pendapat dia, selalunya begitu apbila seseorang atau mana-mana tokoh yang telah meninggalkan jawatan berpuluh tahun atau lima tahun, sembilan tahun atau 22 bulan, 17 bulan atau lebih 14 bulan.

“Malah, mereka merasakan bahawa kepimpinan yang diterajui mereka adalah terbaik dan selepas itu semua tak baik,” katanya.

Sebelum ini, dalam wawancara khas bersama Mingguan Malaysia, Ismail Sabri mendedahkan dirinya ditekan kepimpinan UMNO sendiri seolah-olah beliau bukan Perdana menteri daripada UMNO.

Ismail Sabri dilaporkan berkata, beliau menjelaskan UMNO hari ini tidak mendapat tempat yang baik dalam Kerajaan Perpaduan kerana diberi hanya satu Timbalan Perdana Menteri dan lima menteri lain.

Jelasnya lagi, ketika pemerintahannya, UMNO diberi 14 jawatan menteri termasuk jawatan Perdana Menteri dan mendakwa, UMNO hari ini ‘dilanyak’ seolah-olah sebagai parti pembangkang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya