Kenapa hanya LKW Pahang dibubar? - Utusan Malaysia

Kenapa hanya LKW Pahang dibubar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Langkah kerajaan menutup operasi Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pahang Tenggara (DARA) me­nimbulkan persoalan dan dianggap sesuatu yang mengejutkan.

Perkara itu diakui bekas Pengerusi LKWJ, Datuk Muhamad Abdullah ketika ditemui Utusan Malaysia berhubung laporan akhbar ini yang mengetengahkan mengenai isu tersebut, semalam.

Malah menurut beliau, walaupun akur dengan arahan kerajaan ketika itu, tetapi di lubuk hatinya tidak bersetuju dan terkilan de­ngan penutupan LKWJ kerana banyak lagi pembangunan yang masih belum selesai.

Beliau mengakui tidak dimaklumkan dan dirunding terlebih dahulu kerana keputusan penutupan LKW dibuat di pe­ringkat Pusat.

“Bagaimanapun realitinya ia tidak melibatkan semua negeri sebaliknya hanya LKW di Pahang iaitu LKWJ dan DARA ditutup sedangkan LKW di negeri-negeri lain masih lagi beroperasi hingga sekarang.

“Walaupun sudah bersara puluhan tahun daripada politik, tetapi saya masih lagi terkilan sehingga kini kerana penutupan LKWJ menyebabkan peranca­ngan yang dibuat terbantut,” katanya yang juga bekas Ahli Parlimen Maran.

Semalam akhbar ini melaporkan mengenai kemelut pembubaran DARA dan LKWJ oleh Kerajaan Pusat diibarat seperti ‘tragedi’ kepada lebih 700,000 penghuninya apabila kawasan-kawasan di bawah seliaan ke­dua-dua agensi itu mundur dan tidak membangun sebagai mana dirancang.

Jelas Muhamad, pembubaran LKWJ secara tiba-tiba menyebabkan status bandar Jengka sebagai cadangan bandar bumiputera tidak lagi menjadi ke­utamaan dan ramai hilang pekerjaan ketika itu kerana tidak mahu berpindah tempat kerja.

“Bandar Jengka yang merupakan ilham Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein cukup terbaik untuk rakyat terutama orang Melayu terus mendapat sentuhan istimewa oleh pe­mimpin Melayu sendiri.

“Bandar Jengka yang se­ring bertukar nama mempunyai sejarah perjuangan pemimpin terdahulu untuk melihat ia menjadi bandar Melayu maju mempu­nyai pelbagai kemudahan setanding bandar besar,” katanya.

Menurutnya, semasa menjadi Pengerusi LKWJ, semua kakita­ngan di bawah agensi itu bersemangat dan sehati sejiwa dalam membangunkan bandar bumiputera Jengka sebagai bandar untuk mendidik peniaga bersaing sesama sendiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya