Kemiskinan malnutrisi, fokus KPM

Kemiskinan malnutrisi, fokus KPM

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi fokus kepada menambah baik program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi menangani isu kemiskinan malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak sekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, permasalahan tersebut akan memberi kesan kepada pertumbuhan fizikal dan kognitif kanak-kanak sekolah.

Oleh kerana itu, katanya, KPM akan terus berusaha mengatasi kemiskinan malnutrisi dalam kalangan kumpulan tersebut.

“KPM sentiasa berusaha ke arah penambahbaikan program RMT dari semasa ke semasa yang mana diharapkan dapat membantu mengatasi isu malnutrisi dan kemiskinan murid di peringkat umur awal persekolahan,” katanya melalui ciapan di laman Twitternya.

Fadhlina bersama Nurul Izzah Anwar dan pegawai nutrisi turun ke Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Hulu Langat bagi melihat sendiri menu RMT yang disediakan pihak kantin sekolah.

Sehubungan itu, Fadhlina berharap melalui pembentangan Bajet 2023 pada 24 Februari ini turut memberi fokus kepada aspek nutrisi dan pemakanan kanak-kanak.

“Adalah menjadi harapan KPM dan dalam unjuran belanjawan negara di masa hadapan, aspek nutrisi dan pemakanan sihat untuk kanak-kanak menjadi keutamaan dalam pembinaan Negara Madani,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya