Hampir putus jari tersepit mesin proses santan - Utusan Malaysia

Hampir putus jari tersepit mesin proses santan

ANGGOTA bomba membantu kanak-kanak yang tangannya tersepit pada mesin memproses santan dalam kejadian di Taman Seri Bahagia, Teluk Intan hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terpaksa menahan kesakitan apabila tangan kanannya tersepit mesin memproses santan kelapa di Taman Seri Bahagia di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika bapa mangsa sedang menjalankan kerja-kerja memproses santan kelapa di rumah mereka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.32 pagi dan sepasukan lapan anggota diatur gerak ke lokasi kejadian.

Katanya, sejurus anggota tiba di rumah kanak-kanak terbabit, operasi segera dijalankan bagi mengeluarkan tangan mangsa.

“Anggota bertindak memotong bahagian sisi mesin memproses santan tersebut sehingga tangan kanan kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan.

“Mangsa yang hampir putus tiga jari tangan kanan diberi rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, pihaknya mengambil masa kira-kira 35 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa dan operasi tamat pada pukul 10.26 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya