'Kami hidup sengsara empat bulan di sana'

‘Kami hidup sengsara empat bulan di sana’

ABDUL Jalil Hassan (kiri) bertemu dengan lima mangsa penipuan kerja luar negara yang dibawa pulang selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG : “Kami sengsara di sana selama empat bulan lebih,” kata salah seorang mangsa penipuan kerja di luar negara yang tiba bersama empat mangsa lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini dari Bangkok, Thailand, hari ini.

Kesemua mangsa berusia antara 19 tahun hingga 26 tahun itu dibawa pulang ke tanah air oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Luar.

Mengambil pengajaran apa yang berlaku ke atasnya, lelaki berusia 20-an itu menasihatkan orang awam supaya tidak mudah terpedaya pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan.

“Kadangkala tawaran itu bukannya betul. Fikir 10 kali dahulu sebelum menerima tawaran pekerjaan itu. Saya ditawarkan gaji AS$1,100 sebulan iaitu kira-kira RM4,800,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, mangsa lain turut mendakwa didera kerana tidak mencapai prestasi ditetapkan.

“Mereka didera termasuk tidak diberi makan dan tidak dibenarkan membuat panggilan telefon kepada ahli keluarga,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, lima rakyat Malaysia  diselamatkan daripada sindiket penipuan siber yang berpengkalan di Myanmar. Kesemua mangsa diselamatkan hasil maklumat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang.

Mereka diselamatkan oleh sepasukan Tentera Thai di KK Gardens di Myawaddy, Myanmar pada 3 Februari lalu sebelum dibawa ke Bangkok. Chon Siang yang selama ini memainkan peranan penting dalam memastikan pembebasan 91 rakyat Malaysia di Kemboja dan Thailand. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya