Kalau tak ada show, kami nak buat apa? - Awie - Utusan Malaysia

Kalau tak ada show, kami nak buat apa? – Awie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGI Datuk Awie, sebagai penyanyi rock, jarang sekali peluang membuat persembahan pada Ramadan dapat diraih, memandangkan kebiasaannya ruang itu dimonopoli artis nasyid.

Bagaimanapun, apabila senario itu berubah dan penyanyi komersial mengambil inisiatif mencari sumber pendapatan tambahan pada Ramadan, Awie menganggap tidak adil jika peluang itu dilihat sebagai ‘mencaras’ rezeki orang lain. 

“Kalau dilihat, 10 tahun lalu kehangatan nasyid sangat ketara dan selepas itu, grafnya menurun perlahan-lahan. Ketika itu, saya bersama Wings mengambil inisiatif menganjurkan sendiri persembahan yang bersesuaian untuk Ramadan. 

“Kami tidak ambil rezeki orang, sebaliknya setiap artis ada cara masing-masing. Sekarang, nasyid sudah kembali hangat dan ada konsert. Alhamdulillah.

“Seharusnya, kita saling menyokong sebab penyanyi lain pun mencari rezeki pada Ramadan,” katanya. 

Tambah Awie, artis bergantung kepada aktiviti persembahan dan seharusnya Ramadan dimanfaatkan dengan pengisian yang bersesuaian. 

“Kalau dulu, kami hanya termenung sepanjang bulan puasa kerana tiada show. Tetapi, apabila di kir semula, kami juga ada keluarga, isteri dan anak yang perlu diberi makan. Tambahan pula, untuk menyambut raya. “Kalau tiada usaha cari duit, tidak buat persembahan, macam mana? Saya ada anak yang masih bersekolah dan menuntut di universiti. Jadi, saya kena kerja dan tidak boleh berpeluk tubuh. 

“Bukan poyo sebab baru balik umrah, tetapi penyanyi rock juga boleh buat persembahan pada Ramadan. Cuma, konsep kena tukar dan lebih berbentuk kerohanian. 

“Itu yang kami lakukan untuk Semarakkan Malam Cinta Ramadan pada 8 April ini yang terisi dengan program ibadah, termasuk solat Tarawih sebelum persembahan dibuat,”katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya