'Kalau sudah jadi suami, kenapa nak melayan?

‘Kalau sudah jadi suami, kenapa nak melayan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun sudah mencecah usia 55 tahun, pelakon berkarakter, Faizal Hussein memberitahu, masih ada wanita yang cuba mendekati dan menggoda untuk mendapat perhatiannya.

Sedar perkara itu, Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-25 ini sentiasa meletakkan batasan setiap kali berada di mana-mana set penggambaran.

Jelasnya, dia sudah menetapkan pendirian itu sejak zaman awal pembabitan dalam dunia seni kerana tidak mahu terpalit dengan sebarang kontroversi yang boleh mengganggu tugasnya sebagai pelakon.

“Nak kata saya sudah tua, sampai hari ini pun masih ada orang cuba try (goda) lagi. Saya sudah letakkan batasan sesiapa yang saya jumpa (wanita), mesti panggil ‘adik’.

“Maknanya, orang lain perlu faham status saya dan sampai hari ini, tidak pernah timbul isu bercinta di set penggambaran. Saya hanya bercakap dengan pelakon lain sebelum penggambaran sesuatu babak atau ketika waktu makan selepas kerja selesai,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Faizal yang sudah membintangi lebih 50 drama dan filem tempatan mengulas mengenai isu pelakon berstatus suami yang terpalit skandal bercinta dengan bintang gandingan ketika di set penggambaran.

Sebagai pelakon ‘otai’, Faizal menempelak sikap pelakon lelaki yang tidak menjaga batas sehingga suka mencetuskan publisiti murahan.

“Kalau sudah tahu suami orang, kenapa nak melayan? Saya ambil nasi sendiri di set penggambaran dan lebih banyak duduk dalam kereta sebelum sesuatu babak dijayakan.

“Kita tidak akan bertahan lama kalau terlampau banyak kontroversi, tidak kira baik atau buruk kerana ia tetap kontroversi,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya