KUALA LUMPUR: “Saya belum bersedia bercakap tentang perkara ini”
Itu jawapan pelakon, Datuk Afdlin Shauki berhubung khabar angin beliau telah berkahwin lagi.
Kata Afdlin, dia enggan mengulas perkara itu dan hanya akan menjelaskan pada masa yang sesuai.
“Saya hormat bekas isteri dan sampai sekarang kami masih berhubung dan berkawan baik.
“Justeru, saya belum bersedia untuk bercerita lanjut tentang perkara ini (perkahwinan).
“Insya-Allah, satu hari nanti saya akan jelaskan,” katanya ketika ditemui pada Malam Gala Filem Imaginur, baru-baru ini.
Afdlin dan bekas isteri, Maria Christina Orow mengumumkan perceraian mereka pada April lalu selepas 25 tahun bergelar suami isteri.
Maria yang memaklumkan perkara itu menerusi Instagram menjelaskan, hubungan mereka bermasalah sejak pandemik.
Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada 1997 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.