Jurutera tanam sayur hidroponik raih RM6,000 sebulan - Utusan Malaysia

Jurutera tanam sayur hidroponik raih RM6,000 sebulan

WAN Muhamad Anis Wan Mat bersama sayur-sayuran yang ditanam menggunakan kaedah hidroponik di belakang rumahnya di Bandar Mas, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Menggunakan kepakaran yang dimiliki, seorang jurutera di Bandar Mas di sini berjaya meraih pendapatan sampi­ngan sehingga RM6,000 sebulan dengan mengusahakan tanaman sayur-sayuran secara hidroponik.

Wan Muhamad Anis Wan Mat, 30, memanfaatkan tanah lapang di belakang rumahnya dengan menanam sawi hijau, sawi putih, kangkung dan bayam menggunakan 22 rak hidroponik serta berjaya meraih hasil sehingga 80 kilogram seminggu.

“Projek tanaman ini sebagai sampingan kerana saya mempunyai kerjaya sendiri, iaitu jurutera minyak dan gas. Saya memang minat dalam bidang keusahawanan sejak dahulu dan pernah juga cuba untuk bisnes lain.

“Saya pernah ‘risik-risik’ untuk buka perniagaan seperti kedai buku dan gimnasium, namun dapati kos terlalu tinggi. Jadi, bila fikir balik saya ada kemahiran dalam bidang kejuruteraan kemudian saya cuba hasilkan sendiri sistem tanaman secara hidroponik ini.

“Bidang pertanian secara sampingan ini telah saya ceburi sejak tiga tahun lalu bermula de­ngan tanaman cili sebanyak 2,000 pokok. Kemudian sekarang saya tukar dengan sayur-sayuran yang pulangannya lebih cepat berban­ding cili,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kediamannya di sini.

Bapa kepada seorang anak itu melaburkan kira-kira RM35,000 sebagai modal untuk membina sistem hidroponik yang diambil ilham daripada perkongsian dalam YouTube.

Pekerjaannya yang banyak ‘bermain’ dengan sistem perpaipan memudahkan lagi dia menghasilkan inovasi terhadap sistem pertanian itu untuk memudahkan lagi proses tanaman.

“Sistem ini mudah dan tidak perlukan tenaga yang ramai, kaedahnya juga hanya perlu menekan suis untuk proses pembajaan, pengairan bermula dari semaian anak pokok sehinggalah dialihkan ke sistem hidroponik.

“Saya mempunyai dua pekerja. Mereka uruskan semuanya terutama ketika saya tiada kerana kadangkala memerlukan saya ke luar daerah. Setiap minggu mereka akan kutip hasil serta hantar ke kedai-kedai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya