JKSB, Jabatan Perikanan pupuk semangat pulihara habitat penyu

JKSB, Jabatan Perikanan pupuk semangat pulihara habitat penyu

KAKITANGAN dan sukarelawan JKSB serta Jabatan Perikanan Pulau Pinang melepaskan anak-anak penyu ke laut menerusi program pemuliharaan habitat penyu di Pantai Kerachut semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Lebih 50 kakitangan dan sukarelawan Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) dan Jabatan Perikanan negeri menyertai program pemuliharaan habitat penyu di Pantai Kerachut, di sini semalam.

Menurut Pengerusi JKSB, Datuk Saat Esa, program itu merupakan antara inisiatif pihaknya dalam pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR) secara berterusan.

”Ia termasuk memfokuskan kepada usaha memelihara dan memulihara alam sekitar, membantu dalam memperkasakan ilmu pengetahuan serta membangunkan keharmonian komuniti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada majlis sama, JKSB turut menyumbangkan peralatan kepada petugas Jabatan Perikanan negeri dan menaja papan tanda hatcheri pengeraman dan penetasan telur penyu di Pusat Penerangan Penyu, Pantai Kerachut.

Saat berkata, JKSB amat berbesar hati atas sokongan dan penyertaan yang diberikan oleh Jabatan Perikanan negeri dalam menjayakan program yang amat bermakna itu.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Yazeereen A. Bakar berkata, program sebegitu dapat menggalakkan lagi penglibatan syarikat-syarikat swasta yang lain untuk mengadakan program CSR dalam memulihara spesies penyu di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pantai Kerachut.

Ujar beliau, ancaman kepupusan penyu berpunca daripada faktor semula jadi serta tangan manusia dan usaha mengekalkannya perlu membabitkan semua pihak bagi memastikan negara tidak kehilangan sumber haiwan maritim itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya