Jika ada anak VIP, kantin SK Kampung Awah mungkin baharu

Jika ada anak VIP, kantin SK Kampung Awah mungkin baharu

MURID tiada pilihan dan terpaksa makan di tepi longkang dan lorong pejalan kaki kerana kantin Sekolah Kebangsaan (SK) (RKTP) Kampung Awah di Maran, Pahang rosak dan retak serta tidak boleh digunakan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: “Mungkin ke­rana penduduk kampung kami ini tiada anak orang kenamaan, jadi, pihak berkenaan buat endah tak endah sahaja, jika ada mungkin ia akan segera dibina’.

Demikian kata Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) (RKTP) Kampung Awah, Zulyazan Mat Saman kepada Utusan Malaysia berhubung isu kantin rosak dan tidak selamat digunakan yang berlaku di sekolah itu sejak 2016.

Beliau berkata, kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan sepatutnya segera meluluskan peruntukan bagi membina kantin baharu di sekolah itu jika benar-benar prihatin dengan nasib 230 murid di situ yang terpaksa makan di lokasi ‘bersepah-sepah’ termasuk di tepi longkang dan lereng bukit kerana kantin di sekolah itu rosak teruk serta tidak boleh digunakan sejak tujuh tahun lalu.

Ini kerana katanya, kos membina kantin baharu itu bukan RM3 bilion tetapi sekitar RM450,000 berdasarkan penilaian terkini oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Saya berasa kelakar apabila Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa pihaknya begitu prihatin dan cakna dengan nasib murid di SK (RKTP) Kampung Awah.

“Untuk pengetahuan Menteri Pendidikan, isu ini bukan baharu tetapi sejak 2016. Lebih tujuh tahun murid tiada tempat selesa untuk makan, begitu juga tempat masak buat pengusaha kantin.

“Ayat diberikan, kelulusan projek membina kantin sekolah ini tertakluk kepada pembenta­ngan Bajet 2023 pada 24 Februari ini. Bagaimana jika ia tidak dimasukkan dalam Bajet 2023? Berapa lama lagi murid perlu menunggu?,” katanya.

“Tunggu kantin di tapak lama runtuh baru hendak dibina? Jika diluluskan pun dalam bajet, ia pastinya mengambil masa lama dua ke tiga tahun sebelum dibina,” katanya di sini semalam.

Isnin lalu, Kementerian Pendidikan mengesahkan bahawa kantin di SK (RKTP) Kampung Awah akan dibaik pulih dan sudah pun disenaraikan dalam projek daif kementerian.

Kementerian itu menerusi kenyataan akhbar berkata, kantin rosak itu sudah termasuk dalam senarai 74 projek daif yang diperakukan untuk Rolling Plan ke-3 (RP3) tahun ini.

Menurut kementerian terbabit, kelulusan projek berkenaan tertakluk kepada pembentangan Bajet 2023 pada 24 Februari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia pada 10 Februari lalu melaporkan isu kerosakan kantin sekolah itu yang menyebabkan 230 orang murid terpaksa makan merata-rata termasuk di tepi longkang.

Ada antara mereka makan dalam kelas, di laluan pejalan kaki dan juga bawah khemah yang dipasang pihak sekolah bagi menampung ruang makan murid-murid di situ.
Jika hujan, murid tiada pilihan dan terpaksa makan di bawah khemah disediakan walaupun berlecak.

Bagi 25 guru dan tujuh kakitangan kumpulan sokongan,-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya