JHEAT lancar kempen Say No To Valentine Day - Utusan Malaysia

JHEAT lancar kempen Say No To Valentine Day

ANGGOTA JHEAT mengadakan Kempen Say No To Valentine Day di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Terengganu, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melancarkan kempen Say No To Valentine Day bagi membanteras aktiviti maksiat menjelang Hari Kekasih yang disambut pada 14 Februari ini.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Khairul Azizi Idris berkata, kempen tersebut diadakan di beberapa pusat beli-belah dan kawasan tumpuan ramai di sekitar bandar raya ini bermula, semalam.

Menurutnya, tumpuan adalah kepada golongan remaja, pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan pasangan kekasih agar mereka tidak berhasrat untuk melakukan apa-apa sambutan yang bercanggah dengan syariat Islam.

Menurutnya, seramai 20 pegawai penguat kuasa syariah terlibat dalam kempen tersebut dengan mendekati golongan sasar untuk mengingatkan mereka agar tidak terpengaruh dengan budaya Barat.

“Sebenarnya, JHEAT sering melakukan operasi mencegah maksiat tanpa menunggu sambutan hari-hari tertentu terutama pada musim cuti perayaan dan hujung minggu

“Antara kesalahan yang sering dikesan di bawah Seksyen 29, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

“Terdapat juga pasangan yang ditangkap di bawah Seksyen 31, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 Terengganu kerana berkhalwat,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, kempen tersebut diharap dapat meningkatkan kesedaran orang ramai untuk mengelak daripada terlibat dengan unsur maksiat dan JHEAT akan mengadakan operasi mencegah maksiat pada bila-bila masa.

“Kita juga menasihatkan mereka agar lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga dan aktiviti berfaedah lain sekiranya ada masa terluang,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya