Jangan tuduh saya hina Islam - Azwan Ali

Jangan tuduh saya hina Islam – Azwan Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengacara sensasi, Azwan Ali memberi amaran untuk tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap rakan selebriti, Roslan Shah yang mendakwa dirinya menghina Islam.

Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA menerusi hantaran di media sosial, semalam berkata, tuduhan itu mencalarkan imejnya sebagai selebriti.

“Saya ada hak untuk tegur apa sahaja isu yang timbul sebab saya adalah rakyat Malaysia yang berani kerana benar.

“Sikit pun saya tidak takut sebab saya hanya takut Allah SWT. Jangan jadi artis yang tidak boleh terima teguran. Ramai sahaja artis yang saya pernah tegur sebelum ini, tetapi mereka tidak pernah bising,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, pengacara dan penyanyi, Roslan Shah menyifatkan tindakan Azwan Ali mempersoalkan tujuannya menunaikan umrah di Mekah sebagai penghinaan terhadap Islam.

Azwan memuat naik ciapan di Twitter yang mempersoalkan tujuan Roslan ke Tanah Suci sama ada menunaikan umrah atau melakukan maksiat, susulan foto memaparkan aksinya melentukkan kepala di bahu pelakon Johan As’ari menimbulkan perasaan kurang senang segelintir pihak.

Roslan bagaimanapun, menjelaskan ciapan pengacara sensasi tersebut dibimbangi menimbulkan persepsi buruk atau salah tanggapan terhadap Tanah Suci.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya