Jaga maruah UiTM - KKUiTM - Utusan Malaysia

Jaga maruah UiTM – KKUiTM

UiTM KKUiTM
ZULKIFLI MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (KKUiTM) mengajak warga universiti berkenaan termasuk alumninya supaya menjaga maruah institusi pengajian tinggi itu.

Presidennya, Zulkifli Mohamed dalam satu kenyataan berkata, UiTM sebagai sebuah institusi keramat perlu dipelihara dan menyokong pengurusan serta kakitangan yang menjalankan tugas untuk terus maju ke hadapan.

“Jagalah maruah UiTM institusi keramat yang telah membantu kita semasa kita berkhidmat atau belajar kini tibalah masa untuk kita sama-sama membangun UiTM sehingga titisan darah yang terakhir. 

“Walau apa pun keadaannya, kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini membuat siri pendedahan berkaitan UiTM termasuk sayap pelaburannya yang mengalami kerugian selama empat tahun berturut-turut dan terkumpul dalam tempoh 10 tahun sebanyak RM157.8 juta berbanding RM26 juta keuntungan.

Malah, akhbar ini turut mendedahkan tindakan dan aktiviti dilakukan universiti terbesar itu yang dianggap sebagai satu pembaziran supaya dana tersebut dapat disalurkan bagi menambah baik fasilitinya termasuk penginapan bagi kegunaan mahasiswa.

Dalam pada itu, Zulkifli bagaimanapun menyatakan, KKUiTM berdukacita dengan cubaan memburukkan imej UiTM dengan pelbagai isu remeh, namun berikrar menyokong kepimpinan UiTM untuk terus maju kehadapan menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang.

“Pokok yang rendang jangan diracun agar semua dapat menumpang teduh. 

“Justeru itu kami menggesa agar semua  phak  agar berhenti untuk menjadikan UiTM ini sebagai alat untuk meningkatkan populariti masing-masing.

“Justeru itu kami ingin memberikan ingatan kepada pihak diluar sana agar insaf dan muhasabah diri jangan hanya kerana cita-cita individu, UiTM hendak dijadikan barangan untuk tukar ganti untuk memenuhi nafsu serakah kepentingan sendiri,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya