Impian miliki rumah tercapai, penantian lapan tahun berakhir - Utusan Malaysia

Impian miliki rumah tercapai, penantian lapan tahun berakhir

NAJIB SAMURI (dua dari kanan) menyerahkan sijil pemilikan rumah kepada Md. Hizam di Kampung Parit Yaani Tengah, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Impian dua keluarga di Parit Yaani, dekat sini untuk memiliki rumah sendiri akhirnya tercapai selepas penantian hampir lapan tahun. 

Md. Hizam Jamien, 40, memohon untuk membina rumah di atas tanah miliknya di Kampung Parit Yaani Tengah daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bernilai RM75,000 pada 2015.

Walau bagaimanapun, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018, pembinaan terhenti seketika tanpa dimaklumkan sebabnya sedangkan sudah 20 peratus siap membuatkan keluarga empat beranak ini mula bimbang.

“Namun, selepas Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri mengambil alih, kami mengemukakan semula proses pembinaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani, Datuk Najib Samuri. 

“Berikutan aduan kepada beliau, pembinaan diteruskan semula dan akhirnya siap untuk diduduki kini,” katanya selepas menerima kunci rumah yang diserahkan oleh Najib, di sini.

Md. Hizam yang bekerja sendiri lebih 20 tahun menyewa rumah untuk keluarganya dengan kadar RM200 sebulan. 

Seorang lagi penerima, pasangan Mohammed Fariz Asnawi, 42, dan Siti Luhainon Mohd. Tahir, 45, yang tinggal di Kampung Parit Banyumas bersyukur kerana kini sudah memiliki rumah idaman mereka selepas 15 tahun menyewa dengan kadar RM150 sebulan.

“Dengan tanah seluas satu ekar (0.4 hektar) milik isteri, kami mencuba nasib dan amat berterima selepas diterima untuk pembangunan rumah bernilai RM75,000 ini selepas membuat permohonan pada 2015.

“Penantian selama lapan tahun cukup menyiksakan bagi kami, malah hampir tidak dibina akibat daripada birokrasi pemaju pada tahun 2018 hingga  2020 sebelum diteruskan semula selepas itu,” katanya. 

Dalam pada itu, Najib mengakui masih ramai penduduk di situ yang ingin mengemukakan permohonan pembinaan rumah serupa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya