Ibu yakin Reese Tan boleh berdiri, berjalan selepas suntikan Zolgensma - Utusan Malaysia

Ibu yakin Reese Tan boleh berdiri, berjalan selepas suntikan Zolgensma

REESE TAN Rui Xin telah dibenarkan pulang ke rumah selepas saringan kesihatannya susulan suntikan ubat genetik, Zolgensma menunjukkan perkembangan yang memuaskan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Ibu kepada Reese Tan Rui Xin, 19 bulan, yakin kanak-kanak perempuan itu berupaya berdiri dan berjalan seperti anak kecil lain yang seusia dengannya selepas menerima suntikan ubat genetik, Zolgensma, kelmarin.

Rachel Chung, 38, berkata, keyakinan itu susulan beberapa prosedur fisioterapi berbeza yang perlu dijalani oleh Reese Tan pada masa depan.

Katanya, hasrat yang sama juga pastinya diimpikan oleh orang ramai yang telah menghulurkan bantuan terhadap mereka sebelum ini iaitu ingin melihat anaknya sembuh.

“Perasaan saya seperti berada dalam ‘roller-coaster’ ketika ini. Ada rasa sedih dan gemuruh.

“Apapun, saya amat bersyukur kerana tahap kesihatan Reese Tan adalah baik (selepas menerima rawatan). Terima kasih kepada individu-individu yang banyak menghulurkan bantuan dan menemani keluarga kami untuk mengharungi cabaran ini,” katanya.

Reese Tan yang menderita penyakit genetik, Atrofi Otot Spina (SMA) sebelum ini berjaya menerima rawatan khas iaitu suntikan Zolgensma di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur dengan ditemani oleh kedua ibu bapanya selain Pengerusi One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau.

Terdahulu, kisah Reese Tan mendapat perhatian umum selepas One Hope Charity and Welfare melancarkan kutipan untuk mengumpul dana sebanyak RM9 juta bagi tujuan rawatan kanak-kanak berkenaan.

Reese Tan juga dilaporkan telah dibenarkan pulang ke rumah sejak semalam selepas saringan kesihatannya susulan suntikan tersebut menunjukkan perkembangan yang baik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya