Ibu, dua anak nyaris rentung rumah terbakar - Utusan Malaysia

Ibu, dua anak nyaris rentung rumah terbakar

Ibu anak
PASUKAN bomba sedang memadam kebakaran rumah mangsa dekat Lorong Tiga, Bukit Belimbing, di Kuala Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang ibu dan dua anak perempuannya nyaris rentung apabila kediaman mereka di Lorong Tiga, Bukit Belimbing di sini, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu berlaku ketika wanita berusia 34 tahun dan dua kanak-kanak berusia sembilan serta dua tahun dipercayai sedang nyenyak tidur, namun terselamat selepas berjaya keluar dari rumah berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, sepasukan 25 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, Bestari Jaya, Kuala Selangor dan Sekinchan bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan mengenai kebakaran itu pukul 6.40 pagi. 

“Pemeriksaan lanjut mendapati api marak memusnahkan rumah teres satu tingkat berkenaan.

“Kesemua mangsa bagaimanapun terselamat dengan turut dibantu orang awam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Norazam, anggaran kemusnahan rumah itu kira-kira 70 peratus pada bahagian bumbung. 

“Bomba berjaya mengawal kebakaran itu  daripada merebak lebih teruk di rumah berdekatan lain pukul 7.15 pagi. 

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya