Hong Kong, Filipina cemerlang hari pertama - Utusan Malaysia

Hong Kong, Filipina cemerlang hari pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pasukan lelaki Hong Kong dan Filipina membuat permulaan baik pada hari pertama acara triples Kejohanan Boling Padang Asia Kali Ke-14 2023 di Arena Lawn Bowls Perak di sini hari ini.

Trio kedua-dua negara beraksi cemerlang untuk mengutip dua kemenangan untuk mendahului kumpulan masing-masing .

Malah Hong Kong mengejutkan tuan rumah, Malaysia 21-17 selepas mengetepikan Sri Lanka 25-12 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E.

Malaysia membuka kempen dengan kejayaan 25-7 ke atas Singapura. Sebarang peluang  kini bergantung kepada keputusan perlawanan dengan Sri Lanka, esok

Sementara itu, Filipina mengungguli Kumpulan F selepas kejayaan 19-10 dan 18-12 ke atas Jepun dan Thailand.

Sementara Malaysia mengungguli acara singles lelaki dan perempuan kategori Bawah 25 tahun.

Pasukan Malaysia A mengungguli Kumpulan T apabila Muhammad Idham Amin Ramlan mengatasi pemain Hong Kong A, Chow Ho Yin 21-13, diikuti kejayaan 21-16 ke atas Saksit Phengphut dari Thailand.

Manakala Muhammad Haikal Roslan meletakkan Malaysia B di persada Kumpulan U apabila mengatasi pemain Hong Kong B, Au Yeung Yiu Pan dan Jirayut Jomphol (Thailand B) masing-masing 21-10, 21-14.

Sementara Nor Zamziezah Ahmad dan Aleena Ramli menguasai kategori perempuan dengan masing-masing merakam dua kemenangan ke atas Filipina dan Singapura. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya