PETALING JAYA: Kerajaan perlu menghentikan sementara eksport sayur bagi memastikan bekalan dalam negara stabil sekali gus dapat menstabilkan harganya yang tinggi ketika ini. Bagi tujuan itu, kerajaan perlu merangka satu mekanisme untuk mengkoordinasikan kementerian dan agensi berkaitan industri tanaman sayuran dengan pengusaha ladang-ladang sayur, agar pengusaha ladang dapat mengimbangi pengeluaran sayuran yang dieksport dengan tanggungjawab memastikan bekalan sayuran dalam negara mencukupi. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan perlu mewujudkan ekosistem yang seimbang dan tidak terlalu menekan mana-mana pihak. “Di pihak pengguna, bekalan sayur dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya