Hasmuni Hassan tanding ketua pemuda UMNO

Hasmuni Hassan tanding ketua pemuda UMNO

Hasmuni Hassan (tengah) bersama pasukannya mengumumkan untuk bertanding Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di ibu negara petang tadi - UTUSAN/ARIF AIMAN ASROL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Hasmuni Hassan mengumumkan pencalonannya sebagai pergerakan pemuda UMNO bagi pemilihan parti yang bermula pada 1 Februari hingga 18 Mac ini.

Beliau yang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kubang Pasu itu berkata, fokusnya dan pasukan sekiranya dapat mengetuai pergerakan tersebut adalah memastikan Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

Menurut beliau, pasukannya akan menampilkan wakil, calon, pegawai dan exco yang berumur 40 tahun kebawah serta majoriti umur pasukannya akan berada dalam lingkungan 20 ke 30 tahun.

“Saya melihat semangat bangkit kembali yang mereka (pasukannya) tonjolkan pada pilihanraya lepas, mereka bersungguh-sungguh berada di persada yang sebenar,” katanya ketika ditanya media berkenaan pemilihan dalam pasukannya.

Anggota pasukannya sekiranya menang adalah Hairi Mad Shah sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Salleh (Setiausaha), Mohd Naik Mokhtar (Bendahari) dan Mohd Sollehin Mohamad Tajie sebagai Ketua Penerangan.

Dr. Muhamad Akmal yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau menepis dakwaan dirinya dipujuk daripada tidak bertanding sebagai ketua pergerakan parti tersebut.

“Ianya tiada pujukan, tetapi sudah kebiasaannya dalam kawan-kawan ada mesyuarat bersama. Keputusan ini dicapai daripada mesyuarat tersebut.

“Seperti sedia maklum, masing-masing mempunyai kekuatan tetapi UMNO ini sesungguhnya memerlukan kepemimpinan baharu yang kita rasa mampu menarik semua pihak.

“Jadi saya rasa yang mampu menyatupadukan pemuda UMNO adalah Hasmuni. Jadi saya suka nak katakan bahawa tidak ada pujukan atau apa-apa. Tidak ada pasukan A atau B, kami hanya pasukan pemuda parti,” katanya.

Tambahnya, pada PRU16 UMNO perlu memastikan kemenangan melalui undi kumpulan muda.

Sementara itu, Bendahari Pemuda UMNO, Johari Yazid menyeru semua pihak untuk menyokong pasukan Hasmuni untuk mewakili pergerakan pemuda parti tersebut.

“Saya di sini mewakili pergerakan pemuda UMNO yang dipimpin oleh Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan sokongan penuh kepada barisan depan ni (pasukan Hasmuni) untuk menerajui pada penggal akan datang.

“Saya merayu dan memohon semua perwakilan terutama pemuda UMNO di bahagian seluruh Malaysia agar memberi sokongan penuh serta mandat kepada pasukan Hasmuni,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya