Harumaini terkejut dipecat, cadang ambil tindakan undang-undang

Harumaini terkejut dipecat, cadang ambil tindakan undang-undang

HARUMAINI OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemimpin parti Pejuang, Harumaini Omar menganggap tindakan Yang Dipertua mengosongkan kerusinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali adalah perkara ‘biasa’ yang dialami ADUN pembangkang.

Memetik laporan sebuah portal, Harumaini sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas Yang Dipertua DUN Selangor, Ng Suee Lim kerana tidak memaklumkan kepadanya terlebih dahulu mengenai perlucutan itu.

“Saya akan pertimbang untuk ambil tindakan undang-undang. Kita tengok macam mana, kalau ada ruang saya inilah (tindakan susulannya), saya sendiri pun terkejut kerana tidak diberitahu awal.

“Kalau tak boleh lakukan, saya akan tengok macam mana tetapi pada saya ini teknikal saja, mungkin kalau orang itu berpihak kepadanya, dia minta buat surat, ‘backdated’ dan sebagainya.

“Ini semua perkara biasalah, (layanan) kepada pembangkang, tapi saya tiada masalah. Kalau itu takdirnya, saya reda kerana rezeki saya sampai di situ,” katanya.

Bagaimanapun, Harumaini berkata, beliau terkejut dengan keputusan Suee Lim kerana tidak dimaklumkan  terlebih dahulu sebaliknya hanya mendapat tahu daripada rakan serta media sosial.

Terdahulu, Suee Lim  mengisytiharkan kerusi Batang Kali kosong berkuat kuasa 28 Januari lalu kerana Harumaini tidak hadir sidang DUN Selangor selama enam bulan berturut-turut tanpa sebarang notis.

Katanya, Harumaini tidak menghadiri sidang DUN dari 23 hingga 30 November lalu, 1 hingga 2 Disember dan 5 hingga 6 Disember 2022.

Merujuk rekod kehadiran sidang DUN Selangor, kali terakhir beliau hadir pada  27 Julai 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya