KANGAR: Harga mempelam harumanis diramal sekitar RM20 hingga RM30 sekilogram meskipun hasil buah berkenaan dijangka merosot musim ini disebabkan faktor cuaca tidak menentu sekali gus menjejaskan pertumbuhan bunga tanaman berkenaan. Situasi hujan tidak menentu sebelum ini menyebabkan kebanyakan bunga tanaman mempelam harumanis luruh dan menjadi kehitaman sehingga membantutkan penghasilan buah berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Razali Saad berkata, pihaknya menerima rungutan beberapa pengusaha harumanis menyuarakan keresahan mereka dengan permasalahan itu. “Pengeluaran harumanis dijangka terjejas namun jumlah peratusan pengurangan itu masih belum dapat dipastikan lagi. “Situasi pengurangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya