Harga bahan mentah dijangka stabil Mac depan - Utusan Malaysia

Harga bahan mentah dijangka stabil Mac depan

Fuziah Salleh (barisan hadapan, dua kanan) menunjukkan Menu Rahmah yang ditawarkan di Restoran Cahaya Mesra Seafood, Kijal, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KEMAMAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjangkakan harga bahan mentah yang kini melonjak akan kembali stabil menjelang hujung Mac depan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh berkata, pada masa ini, inflasi makanan domestik berada pada kadar 6.8 peratus.

Beliau berkata, berdasarkan ramalan penganalisis ekonomi, kadar inflasi makanan itu akan menurun kepada lima peratus pada akhir Mac nanti.

“Kita akui inflasi makanan agak tinggi pada masa ini dengan paras paling tinggi iaitu tujuh peratus pada November lalu.

“Begitupun ia kini semakin menurun dan dijangka mencapai lima peratus pada hujung bulan Mac,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Jelajah Menu Rahmah peringkat Terengganu di Restoran Cahaya Mesra Seafood, Kijal, di sini, petang tadi.

Fuziah berkata, penurunan inflasi makanan itu bakal menstabilkan semula harga bahan mentah seperti sayur-sayuran, ayam dan daging.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, berdasarkan maklum balas pekebun Cameron Highlands, harga sayur-sayuran juga semakin menunjukkan trend penurunan.

“Mereka memberitahu tidak semua sayur mahal, ada juga yang turun (harga) seperti pak choy.

“Sehubungan itu, saya mencadangkan pengguna khususnya suri rumah memanfaatkan aplikasi PriceCatcher bagi membandingkan harga,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya