Haram tidur beralaskan al-Quran, surah Yasin di bawah bantal

Haram tidur beralaskan al-Quran, surah Yasin di bawah bantal

TANGKAP layar daripada laman sesawang rasmi PMWP mengenai hukum tidur berbantalkan kitab suci al-Quran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Masyarakat Islam dinasihatkan tidak menjadikan amalan lazim yang meletakkan al-Quran di bawah bantal sebagai alas ketika tidur kerana hukumnya haram.

 Teguran berkenaan dimaklumkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) dalam slot Al-Kafi li Al-Fatawi yang turut disiarkan menerusi laman sesawang rasmi agensi tersebut.

 “Haram hukum tidur beralaskan mushaf itu, naskhah surah Yasin atau ayat al-Quran atau kitab agama di bawah bantal kerana dianggap sebagai merendahkan martabat,” jelasnya.

 Menerusi pencerahan lanjut PMWP, ia berkata, ramai ulama bersepakat haram perbuatan meremehkan atau menghina al-Quran malah wajib memulia dan memelihara mushafnya.

 Tindakan sedemikian termasuk menjadikan sebarang kitab ilmu agama sebagai bantal atau alas kepala semasa tidur turut dilarang keras oleh para ulama mazhab Syafie sendiri. Hukum berkenaan juga dipersetujui oleh tokoh agamawan kontemporari di luar negara meskipun tujuannya baik bagi menghindari gangguan daripada jin atau makhluk yang jahat.

Sebaliknya, umat Islam disarankan membaca petikan al-Quran seperti Ayatul Kursi atau zikir dan doa ma’thur iaitu amalan lazim Rasulullah SAW untuk mengelakkan gangguan itu.

 Bagaimanapun ujar PMWP, ada ulama yang memberikan pengecualian sekiranya individu itu amat bimbang mushaf al-Quran atau kitab agama tersebut kemungkinan dicuri. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya