Guru diberi pilihan rekod PBD secara luar talian atau hibrid

Guru diberi pilihan rekod PBD secara luar talian, hibrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Guru yang merekod dan melaporkan tahap penguasaan pentaksiran bilik darjah (PBD) murid bagi sesi akademik tahun 2022/2023 diberi pilihan untuk melakukannya secara luar talian atau secara hibrid.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan, pihaknya amat prihatin isu yang dihadapi para guru untuk merekod dan melaporkan PBD dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB).

Menurutnya, guru diberi autonomi untuk memilih melakukannya secara luar talian atau hibrid.

“Templat baharu untuk pengisian PBD bagi pelaporan ujian akhir sesi akademik tahun 2022/2023 secara luar talian akan disediakan sebagai alternatif.

“KPM komited mengurangkan beban tugas guru dan memastikan kebajikan guru terpelihara,” katanya.

Sebelum ini, SPPB dilaporkan tidak dapat berfungsi dengan baik, malah akan ditutup pada hujung minggu ini untuk ditambah baik.

Situasi itu sekali gus mengundang tekanan kepada guru kerana lebih seminggu tidak dapat diakses dengan baik.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilaporkan berkata, beliau amat kesal dan memohon maaf atas segala kesulitan dan tekanan yang terpaksa dilalui oleh guru.

Beliau bagaimanapun sudah menggerakkan pasukan pegawai di peringkat daerah dan negeri untuk ke sekolah-sekolah bagi membantu guru mengemas kini data dan melengkapkan proses kerja berkaitan.

SPPB ialah satu sistem pengurusan pentaksiran terkini, berterusan, dan menyeluruh bagi semua jenis pentaksiran KPM sama ada berkaitan murid, guru dan institusi pendidikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya