GRS sebenarnya 'pelompat dari satu parti ke satu parti' - Azis Jamman

GRS sebenarnya ‘pelompat dari satu parti ke satu parti’ – Azis Jamman

AZIS JAMMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Parti Warisan (Warisan), Datuk Mohd. Azis Jamman menyelar kepimpinan Parti Gagasan Rakyat (GRS) sebagai ‘orang yang melompat dari satu parti ke satu parti yang lain’.

Membalas kenyataan Ketua Penerangan GRS, Nizam Abu Bakar Titingan yang menyalahkan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebagai punca sebilangan ADUN Warisan meninggalkan parti itu, beliau menegaskan presiden Warisan itulah sebenarnya yang menyatukan rakyat Sabah.

“Beliau (Mohd. Shafie) yang menyatukan rakyat, bukan memecahbelahkan rakyat Sabah.

“Kamu lah (GRS) orang politik yang lompat dari satu parti ke parti yang lain,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Nizam Abu Bakar berkata, Mohd. Shafie harus menyalahkan diri atas tindakan beberapa ADUN nya keluar parti.

Tambah Nizam Abu Bakar, ADUN Warisan meninggalkan parti itu kerana merasakan ia tidak lagi sesuai menjadi platform memperjuangkan hak dan membela rakyat kerana pemimpin utamanya lebih gemar menimbulkan polemik serta ketidakstabilan politik.

Rabu lalu, Mohd Shafie dilaporkan berkata di Parlimen, tiga ADUN nya, Norazlinah Arif (Kunak), Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) dan Mohammad Mohamarin (Banggi) meninggalkan Warisan untuk menyokong Hajiji kerana ‘dibeli’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya