Godaan itu biasa, Akim Ahmad tekad pertahan kebahagiaan rumah tangga - Utusan Malaysia

Godaan itu biasa, Akim Ahmad tekad pertahan kebahagiaan rumah tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Akim Ahmad, 32, mengakui dikurniakan pasangan hidup yang tepat dan memahami menjadi faktor utama kepada keharmonian serta kebahagiaan rumah tangga.

Kata Akim, dia telah mempertimbangkan segala aspek, termasuk belajar menerima kelebihan dan kekurangan pasangan sebelum memutuskan untuk mengahwini isteri yang juga penyanyi terkenal, Stacy.

“Saya terima apa adanya dia dan bersyukur kerana mengahwininya. Sebelum mendirikan rumah tangga, saya sentiasa mengingatkan diri pasangan yang saya kahwini adalah orang yang akan bersama selagi bernyawa.

“Stacy adalah wanita yang terbaik untuk saya. Alhamdulillah, sampai sekarang saya masih berasakan perkara yang sama. Dia adalah pasangan hidup terbaik,” katanya ketika ditemui selepas konsert DFP Present Stacy, baru-baru ini.

Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016. Mereka memiliki seorang anak angkat, Bella De Luna Valentina dan dua cahaya mata, Eshaal Afiq Hakim serta Isa.

Sebagai pasangan selebriti, Akim memaklumkan, dia dan isteri sentiasa berdepan dugaan dan godaan yang boleh mengganggu keharmonian rumah tangga.

Bagaimanapun, penyanyi berasal dari Johor Bahru itu memilih untuk tidak terjerat dengan godaan yang datang dan berazam mempertahankan kebahagiaan rumah tangga mereka.

“Godaan itu perkara biasa, lebih-lebih lagi buat kami yang bekerja dalam bidang ini. Memang perkara itu merisaukan tetapi kami kena terima.

“Kami sayang dengan apa yang kami ada. Anak-anak sudah membesar, tidak berbaloi kami musnahkan kebahagiaan yang dikecapi hari ini.

“Saya tidak mahu disebabkan gangguan luar, anak hilang hormat terhadap saya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya