GLIC, GLC peranan penting realisasi Malaysia Madani

GLIC, GLC peranan penting realisasi Malaysia Madani

ANWAR Ibrahim (tengah) semasa mengadakan pertemuan dengan GLIC berhubung Belanjawan 2023 di Kementerian Kewangan, Putrajaya. - FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berperanan penting dalam merealisasikan pembangunan Malaysia Madani.

Perdana Menteri berkata, pembentangan semula Bajet 2023 pada 24 Februari ini memerlukan semua pihak berganding bahu dalam memacu pembaharuan ke arah gagasan tersebut.

“GLIC dan GLC mempunyai peranan khusus menyokong agenda pembangunan negara, terutama dalam memangkin pelaburan bagi sektor pertumbuhan baharu, menyokong pembangunan modal insan terutama penggajian graduan baharu dan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat.

“Selaras dengan elemen mampan dalam pendekatan Madani, perbincangan merangkumi komitmen GLIC dan GLC untuk meningkatkan kemampanan industri sawit serta memacu tenaga boleh diperbaharui,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan GLIC berhubung Bajet 2023 di kementerian itu di Putrajaya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Malaysia Madani dirangka sebagai ikhtiar untuk memetakan strategi tata keloka dan pentadbiran negara secara berkesan, menekankan kepada pemerkasaan ekonomi dan budaya yang berteraskan nilai, etika serta akhlak.

Anwar berkata, beliau sudah mengarahkan GLIC dan GLC terus menyediakan peluang pekerjaan untuk masyarakat sebagai program membantu sosial yang juga selaras dengan gagasan Malaysia Madani.

“Saya juga mengarahkan syarikat GLIC dan GLC, sebagai majikan serta perniagaan yang bertanggungjawab untuk memastikan penyediaan pekerjaan yang bermaruah, pembangunan vendor dan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan serta menyumbang kepada program kemasyarakatan, terutama program pembasmian kemiskinan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya