Gagal tunjukkan bukti cukai jalan digital tidak kena saman

Gagal tunjuk bukti cukai jalan digital tidak kena saman – Anthony Loke

cukai jalan
ANTHONY Loke
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik kenderaan yang gagal menunjukkan bukti cukai jalan digital selepas pemansuhan keperluan untuk menampalnya berkuatkuasa hari ini tidak akan disaman kerana pegawai penguatkuasa boleh melakukan semakan di gajet penguatkuasaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata,  pengguna juga tidak diwajibkan memuat naik aplikasi MyJPJ kerana ia hanyalah pilihan untuk mendapat salinan digital cukai jalan dan lesen memandu.

Penjelasan itu dibuat Siew Fook di Facebooknya susulan rekasi orang ramai yang mempersoalkan kewajaran langkah kerajaan mendigitalkan dokumen berkait kenderaan, seperti cukai jalan dan lesen memandu.

“Pihak berkuasa tidak akan menyaman sekiranya pengguna gagal menunjukkan bukti cukai jalan digital kerana mereka boleh membuat semakan dalam gadget penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Mana-mana cukai jalan dan lesen tamat tempoh masih perlu dibayar cuma ia tidak perlu ditampal pada kenderaan jika menggunakan aplikasi MyJPJ,” katanya dalam kenyataan di Facebook malam ini.

Pengguna yang tidak memiliki telefon pintar atau tiada sambungan internet boleh mendapatkan pelekat cukai jalan dan lesen secara fizikal dari JPJ dan format digital tidak diwajibkan.

Pilihan lain katanya, pengguna juga boleh mencetak di kertas dan simpan dalam kenderaan.

Menjawab rungutan beberapa pihak mengenai sistem aplikasi MyJPJ yang tidak dapat diakses, beliau berkata perkara itu disebabkan trafik yang sangat tinggi pada satu-satu masa kerana orang ramai ingin mendaftar masuk menggunakan kaedah baharu berkenaan.

“Saya tahu ada banyak lagi persoalan oleh orang ramai. Kita akan cuba memberi penerangan yang sejelas-jelasnya.

“Saya sedar dalam apa sahaja proses perubahan, ia akan mengambil masa untuk disesuaikan. Ada pihak yang tidak akan setuju dengan perubahan tersebut,” katanya.

Sebelum itu beliau mengumumkan pemilik kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan, di kenderaan masing-masing.

Katanya, warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam JPJ atau aplikasi MyJPJ bawah satu projek perintis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya