FRU sita 8,000 liter diesel

FRU sita 8,000 liter diesel

DUA ‘skidtank’ yang turut dirampas FRU hasil operasi di Kampung Bukit Lada, Pokok Sena.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebanyak 8,000 liter minyak diesel disita hasil operasi dijalankan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kampung Bukit Lada, Pokok Sena di sini, semalam. 

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, dua warganegara Myanmar turut ditahan di lokasi tersebut sebelum kes tersebut diserahkan kepada pihaknya kira-kira pukul 11 malam tadi.

“Diesel yang disita itu dianggarkan bernilai RM17,200. Selain itu dua ‘skidtank’ dan beberapa peralatan pemindahan minyak yang dipercayai digunakan bagi tujuan penyelewengan diesel turut dirampas.

“Nilai rampasan keseluruhan mencecah RM124,200. Dua individu ditahan itu pula berumur 30-an dan 40-an,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Affendi berkata, soal siasat awal dijalankan terhadap kedua-dua suspek mendapati premis itu tidak memiliki sebarang kebenaran daripada Pengawal Bekalan untuk menguruskan diesel tersebut.

“Kedua-dua suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini hingga Selasa depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya