Filipina ungguli saingan sesi pertama - Utusan Malaysia

Filipina ungguli saingan sesi pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Filipina mengungguli sesi pertama Kejohanan Boling Padang Asia kali Ke-14 2023 di Arena Lawn Bowls Perak apabila meraih dua pingat emas dan satu gangsa semalam.

Malaysia menduduki tangga kedua dengan satu emas, dua perak dan satu gangsa diikuti India satu emas.

Pingat emas Filipina diperoleh melalui acara lelaki berpasangan (mpai) dan men’s triples (mtri),

Gandingan Rodel Labayo-Elmer Abatayol menafikan impian pasangan tuan rumah, Izzat Shameer Dzulkeple – Muhammad Hizlee Abdul Rais mengutip emas acara berpasangan lelaki dengan kemenangan tipis 17-16.

Emas kedua Filipina diperoleh melalui acara ‘triples‘ lelaki apabila trio Homer Mercado, Leoncio Carreon Jr dan Ronald Lising yang mengalahkan Saman Pollangeon, Patawee Montien dan Thanakrit Thammasam dari Thailand 17-12.

Pingat gangsa Filipina diperoleh melalui acara perseorangan wanita.

Sementara penyumbang emas Malaysia ialah Nurul Alyani Jamil dalam acara singles wanita mengalahkan Helen, Cheung Mei Hing dari Hong Kong.

Pingat perak Malaysia disumbangkan oleh Siti Zalina Ahmad, Nur Ain Nabilah Tarmizi dan Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman melalui acara women ‘ fours‘.

Pingat gangsa negara ialah melalui acara men triples oleh Amirul Danial Abdul Rahim, Muhammad Haiqal Azsmi dan Mohmamad Soufi Rusli.

India memperoleh pingat emas melalui acara ‘women fours‘ oleh Rupa Rani Tirkey, Nayanmoni Saikia, Pinki dan Lovely Choubey mengatasi kuartet tuan rumah 17-16. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya