Enam penumpang termasuk pemandu maut, van terbabas

Tujuh penumpang termasuk pemandu maut, van terbabas di Genting Highlands

Kemalangan maut di jalan Genting Highlands melibatkan enam maut.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Tujuh penumpang termasuk pemandu sebuah van maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ketika menuruni bukit di kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands, petang tadi. 

Penolong Pengarah (Operasi) Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pusat gerakan operasi bomba Pahang menerima laporan kemalangan itu pukul 1.15 petang. 

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, terdapat 15 penumpang kesemuanya yang terbabit dalam kemalangan ngeri itu. 

“Mereka yang maut dalam kemalangan itu akibat tersepit dan mayat mereka berjaya dikeluarkan pegawai dan anggota bomba.

“Lima yang maut itu merupakan penumpang wanita manakala seorang lagi adalah lelaki. 

“Kami menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa termasuk menyelamat yang masih hidup,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. 

Seramai lima pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands dihantar ke lokasi kejadian sebaik laporan diterima. 

Mengulas lanjut, Ismail berkata, mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.

“Mereka yang selamat dan cedera dihantar ke hospital berhampiran bagi rawatan lanjut. Pasukan ambulans dari Genting Highlands dan hospital berhampiran turut berada di lokasi bagi memberikan bantuan,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya