Empat pelajar MRSM Kuala Lipis cedera bas terbalik di Bentong - Utusan Malaysia

Empat pelajar MRSM Kuala Lipis cedera bas terbalik di Bentong

ANGGOTA melaksanakan operasi menyelamatkan mangsa dalam kejadian kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran yang membawa pelajar MRSM dan guru di Kilometer 19 Jalan Bilut-Raub di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Empat pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuala Lipis, dekat sini dan pemandu bas persiaran cedera apabila kenderaan dinaiki mereka terbalik dalam kemalangan di Kilometer 19 Jalan Bilut-Raub di sini malam tadi.

Kejadian pukul 8.45 malam itu, pelajar terbabit bersama tiga guru dalam perjalanan pulang daripada program lawatan di Kuala Lumpur.

Ketua Balai Bomba Bentong, Mohd. Shafie Sulong berkata, bas persiaran membawa pelajar dan guru itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lipis sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan dan terbalik.

“Bomba yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 9.07 malam mendapati terdapat kemalangan melibatkan bas tetapi tiada mangsa yang tersepit.

“Terdapat tiga pelajar lelaki, satu pelajar perempuan dan seorang lelaki dewasa mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Shafie, mangsa yang cedera menerima rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Katanya, mangsa yang tidak mengalami kecederaan dibawa balik menaiki sebuah bas ke MRSM di Kuala Lipis, dekat sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya