Emman Azman harumkan nama Malaysia kejohanan gusti ‘New Breed’

Emman Azman harumkan nama Malaysia di Kejohanan Gusti ‘New Breed’

(Dari kanan) Pengarah My Pro Wrestling Sdn. Bhd., Datin Maria Abdullah; Yap Yee Vonne dan  Emman Azman bergambar selepas Kejohanan Gusti 'New Breed' di Kuash TTDI, Kuala Lumpur
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Juara Melbourne City Wrestling (MCW) Intercommonwealth, Emman Azman mengharumkan nama negara apabila berjaya mempertahan tali pinggang kejuaraan pada Kejohanan Gusti ‘New Breed’ di Kuash TTDI, di sini, malam tadi.

Emman yang digelar Golden Boy menewaskan ahli gusti dari Singapura, Endboss Gregory dan menamatkan perlawanan itu dengan teknik tersendiri, iaitu KL Gold Running Elbow.

Katanya, dia pernah tewas di tangan Gregory dalam kejohanan gusti Grapple Max di Singapura, empat tahun lalu.

“Alhamdulillah, Emman berjaya mempertahan tali pinggang kejuaraan ini depan rakyat Malaysia dan di negara sendiri. Penat lelah Emman berlatih akhirnya berbaloi. Saya kagum melihat anak-anak muda tempatan seperti Miles Karu, Jack Alexander dan Tommy Ardhi menonjolkan bakat mereka bergusti dalam gelanggang. Ini menunjukkan jika  mereka boleh, anak-anak muda yang lain pun boleh.

“Selepas kemenangan ini, Emman akan ke Australia sebagai persiapan kejohanan di sana. Sudah tentu Emman akan sedaya upaya mempertahan tali pinggang ini,” katanya selepas kejohanan berkenaan.

Yang hadir sama Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan, Yap Yee Vonne mewakili Menterinya, Hannah Yeoh.

Selain Emman, turut meraih pencapaian membanggakan adalah penggusti negara, Miles Karu yang merangkul dua tali pinggang kejohanan iaitu Juara Kebangsaan MYPW dan Juara Westlecon MYPW selepas menentang tiga penggusti di gelanggang.

Tiga penggusti yang tewas tersebut adalah penyandang tali pinggang Juara Kebangsaan MYPW, Cornelius Low; Juara WrestleCon, Crystal (Filipina) dan Tyson Reed (Australia).

Kejohanan Gusti New Breed itu menghimpunkan 12 ahli gusti dunia dari lima negara iaitu Australia, Singapura, Filipina, Jepun dan Dubai.

Untuk rekod, pada 26 November 2022, Emman Azman yang berusia 22 tahun menjuarai Intercommonwealth Melbourne City Wrestling (MCW) menewaskan Mick Moretti dan Adam Brooks.

MYPW berhasrat mahu membuka kerjasama dengan mana-mana syarikat korporat untuk menaja kejohanan gusti akan datang, seterusnya menyokong usaha kerajaan dalam melibatkan anak muda dalam aktiviti kesukanan seperti gusti. – UTUSAN

.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya