Durian pun ada Menu Rahmah

Durian pun ada Menu Rahmah

ORANG ramai membeli Menu Rahmah Durian pada harga RM4.99 sebekas di Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKAN sahaja pengusaha restoran makanan harian, malah penjual durian menyahut kempen Menu Rahmah diperkenalkan kerajaan apabila menawarkan sepeket durian pada harga RM4.99.

Tawaran tersebut dibuat pengusaha Durians Atok yang menyasarkan pelanggan daripada kumpulan B40 untuk menikmati durian di gerainya di Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam, Selangor.

Disebabkan harga jualan tersebut, gerainya kini dikerumuni pelanggan yang berbaris panjang untuk mendapatkan raja buah itu pada harga RM4.99 sebungkus.

Dahulu, pengusaha gerai berkenaan menjual sebekas durian yang mengandungi durian kampung dan D24, dengan berat 300 hingga 400 gram pada harga RM8 ke RM9. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya