Durian Menu Rahmah dapat sambutan

Durian Menu Rahmah dapat sambutan

AMIEL Shafiq Izril Azman menunjukkan durian yang dijual pada harga Menu Rahmah di gerainya di Simpang Pulai, Ipoh, Perak. - MINGGUAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Konsep Menu Rahmah yang diperkenal kerajaan dengan menetapkan sesuatu menu pada harga RM5 dan ke bawah mendapat sambutan menggalakkan termasuk seorang peniaga durian di sini, yang menjual raja buah itu pada harga RM4.99 sebekas.

Pengusaha gerai Mielka Durian, Amiel Shafiq Izril Azman, 26, berkata, baginya konsep Menu Rahmah itu adalah satu inisiatif yang sangat baik bagi memastikan produk mereka dapat dinikmati semua golongan khususnya B40.

Menurutnya, melalui inisiatif itu, peniaga juga dapat membantu dan turut bersedekah kepada mereka yang tidak mampu.

“Jualan Durian Rahmah yang saya perkenalkan sejak Selasa lalu itu bermula pukul 4.30 petang bagi memastikan orang yang bekerja mengikut waktu pejabat dapat merasai membeli durian pada harga yang murah.

“Jika saya jual pada waktu tengah hari, ramai yang tidak berpeluang membeli dengan harga yang murah. Kebanyakan pelanggan adalah mereka yang pernah membeli dengan saya sebelum ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Katanya, dalam satu bekas durian Menu Rahmah adalah durian bukit, duri hitam dan Musang King.

“Sebelum ini saya pernah membuat jualan durian jenis Musang King pada harga RM20 sebekas dan mendapat sambutan yang baik. Sekarang musim durian Musang King dan duri hitam sudah di penghujung jadi hanya durian bukit yang banyak,” katanya.

Selain itu, Amiel Shafiq turut menjual pelbagai jenis durian di gerainya yang terletak di Simpang Pulai di sini.

“Selain durian harga Menu Rahmah, saya juga ada durian yang dijual dengan harga RM7 sebiji, RM15 satu kilogram dan RM17 sekilogram,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya