Dua remaja hina pembuat kertas soalan SPM ditahan

Dua remaja hina pembuat kertas soalan SPM ditahan

SUFFIAN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan dua remaja lelaki bagi membantu siasatan video tular membabitkan pelajar sekolah menengah didakwa tidak berpuas hati terhadap kertas soalan Sejarah pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, penahanan dua remaja masing-masing berusia 18 tahun itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada guru wanita berusia 53 tahun pada pukul 10.53 pagi semalam.

Katanya, polis turut mengesan video tular di TikTok dan Facebook yang berlaku di daerah tersebut.

“Video itu memaparkan seorang pelajar lelaki memakai seragam sekolah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kertas soalan SPM mata pelajaran Sejarah.

“Pelajar itu juga turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pembuat kertas soalan serta menghina Singapura,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Suffian berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor telah melakukan serbuan di rumah suspek dan menahan dua remaja lelaki warga tempatan.

Ujarnya, polis merampas sebuah telefon bimbit iPhone 11 dalam serbuan itu.

“Ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati negatif dan semakan mendapati mereka tidak mempunyai rekod lampau,” katanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998,” ujarnya.

Suffian menasihatkan orang ramai supaya menghentikan penyebaran video terbabit yang menimbulkan kegusaran dan mengelirukan masyarakat sehingga tercetusnya perbalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya