Dua premis jual barangan tiruan berjenama bernilai RM250,000 kena serbu

Dua premis jual barangan tiruan berjenama bernilai RM250,000 kena serbu

ARIFFIN Samsudin (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian barangan tiruan berjenama yang dirampas KPDN Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua premis menjual barangan tiruan berjenama untuk jualan sempena Hari Raya Aidilfitri di Jalan Haji Taib, Chow Kit dan Pandan Perdana terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa, Isnin lalu.

Menerusi serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu, barangan bernilai RM250,000 dirampas.

Pengarah KPDN Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, pihaknya bersama wakil pemilik cap dagang membuat serbuan ke atas dua premis berkenaan hasil risikan selama dua minggu.

“Pemeriksaan di dua premis itu menyita 11,381 unit barang disyaki tiruan terdiri beg, dompet dan beg tangan berjenama.

“Jumlah sitaan bagi dua premis ini bernilai RM250,000 kerana disyaki dipakaikan cap dagangan secara salah mengikut Akta Cap Dagangan 2019,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas beliau, premis pemborong itu didapati menjual barangan tiruan terbabit secara dalam talian kepada pelanggan termasuk di Sabah dan Sarawak.

Ariffin berkata, stor simpanan itu pula memiliki ribuan beg berjenama dan menjadi pembekal utama kepada pemborong serta peruncit di Kuala Lumpur serra turut menghantar bekalan kepada peniaga di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

“Hasil serbuan mendapati dua premis dimiliki individu sama dipercayai menjalankan perniagaan ini lebih lima tahun di mana dia menyewa kedua-dua premis itu RM12,000 sebulan.

“Siasatan mendapati bekalan beg dan dompet diperoleh dari China dan stok ini bagi tujuan jualan orang ramai menyambut Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata,  beg dan dompet berjenama ini diperoleh pada kos RM10 hingga RM80 seunit dan dijual pada harga borong iaitu RM20 hingga RM80 seunit.

“Peniaga runcit menjual pada harga RM60 hingga RM200 bagi seunit bergantung kepada kualiti.

“Kita turut menyiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya