Dua dicekup curi kabel rumah pam air - Utusan Malaysia

Dua dicekup curi kabel rumah pam air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tindakan dua penjenayah mencuri kabel tembaga dekat sebuah rumah pam air di daerah ini mengundang padah apabila dicekup polis, Jumaat lalu.

Kedua-dua lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan secara berasingan di sekitar Jalan Armada Putra di sini, kira-kira pukul 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, penahanan itu dilakukan susulan laporan seorang juruteknik mengenai kecurian tersebut pukul 8.04 malam, 22 Februari lalu.

“Pintu rumah pam air itu didakwa dalam keadaan terbuka dan kunci pagarnya turut dipotong. Pemeriksaan mendapati kabel sepanjang 150 meter di kawasan berkenaan hilang dengan anggaran kerugian RM5,000.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), sebuah kereta dinaiki dua lelaki memasuki rumah pam air itu dan bertindak memotong kabel tersebut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Jelas Hoong Fong, siasatan pihaknya kemudian membawa kepada penahanan dua suspek tempatan di dua rumah berasingan.

“Selain itu, sejumlah kabel yang disyaki dicuri di lokasi kejadian dirampas bagi tindakan lanjut. Semakan mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau termasuk dadah,” ujarnya.

Tambah beliau, dua lelaki itu direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya