Dua beradik melecur paip berisi serbuk asid pecah

Dua beradik melecur paip berisi serbuk asid pecah

KEADAAN kanak-kanak yang melecur selepas paip berisi asid pecah di sebuah pangsapuri di Seri Kembangan, Selangor. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua beradik melecur di bahagian badan dan paha selepas paip berisi serbuk asid soda di dalam singki pecah di rumah mereka di sebuah pangsapuri dui Seri Kembangan, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dilaporkan melecur tahap tiga pada dahi, kepala, bahu, badan, lengan dan paha.

Adik perempuannya berusia tujuh tahun pula melecur di paha kanan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Serdang, A. A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut daripada ibu mangsa sekitar pukul 5.21 petang, semalam.

Katanya, ketika kejadian, dia mendengar bunyi letupan dan jeritan anak lelakinya dari dapur kediaman mereka di tingkat dua pangsapuri tersebut.

“Ibu dan bapa mangsa bergegas ke dapur dan mendapati kedua-dua anaknya terkena cecair dipercayai asid serbuk soda yang berpunca daripada saluran paip singki dipercayai milik jiran di bahagian atas rumahnya.

“Pemilik rumah di atas yang juga seorang lelaki tempatan dipercayai telah menggunakan serbuk soda tersebut dengan memasukkannya ke dalam saluran paip singki rumahnya bertujuan membersihkan saluran paip yang tersumbat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Anbalagan, kedua-dua beradik berkenaan  dibawa ke Hospital Serdang dan kini seorang daripadanya mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur.

Menurut Anbalagan, pihaknya telah merakam percakapan ibu mangsa dan pemilik rumah di tingkat dua tersebut.

“Lelaki berkenaan mengakui ada menggunakan serbuk soda.

“Serbuk tersebut dibelinya secara dalam talian berharga sekitar RM50 bertujuan membersihkan saluran paip singki rumahnya yang tersumbat,” jelasnya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya