Dua beradik lemas di Sungai Sedim

Dua beradik lemas di Sungai Sedim

LOKASI dua beradik ditemukan lemas di kawasan Air Terjun Sungai Sedim di Sungai Kob, Kulim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Nekad seorang abang yang mahu menyelamatkan adiknya daripada lemas berakhir tragedi menyayat hati apabila dua beradik itu ditemukan lemas di kawasan Air Terjun Sungai Sedim di Sungai Kob, di sini pada pukul 3.55 petang tadi.

Mangsa berusia 33 tahun, manakala adiknya berumur 25 tahun dipercayai berkunjung ke air terjun berkenaan pada pukul 3.20 petang untuk mandi-manda bersama tiga rakan mereka. 

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd. Redzuan Salleh berkata, tragedi berlaku apabila air di kawasan lubuk kawah tempat mereka mandi tiba-tiba berpusar dan menenggelamkan kelima-lima sahabat itu.

“Empat daripada mangsa berjaya naik ke atas tetapi salah seorang daripada mereka didapati hilang disyaki lemas. Abang mangsa terjun semula ke dalam sungai untuk menyelamatkan adiknya. Bagaimanapun, kedua-dua mereka lemas.

“Penduduk kampung membantu mencari mangsa sebelum berjaya menemukan dua beradik itu yang tenggelam ke dasar sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Redzuan berkata, dua beradik itu telah disahkan meninggal dunia ketika dibawa naik ke permukaan air.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya