KUALA LUMPUR: Mesyuarat pertama Dewan Rakyat penggal kedua Parlimen ke-15 disambung dua hari lagi sehingga 4 April ini.
Perkara itu dimaklumkan dalam permasyhuran oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul sebelum memulakan sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) pagi ini.
“Dimaklumkan Perdana Menteri selaku Ketua Majlis menambah dua hari bagi mesyuarat pertama Dewan Rakyat penggal kedua parlimen ke-15 tahun 2023 selaras dengan peraturan mesyuarat 11 (2) peraturan-peraturan majlis mesyuarat dewan rakyat iaitu pada hari Isnin, 3 April dan Selasa 4 April 2023.
“Ini bagi membolehkan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) dan urusan kerajaan dapat dibentangkan dan diputuskan di Dewan Rakyat,” katanya. – UTUSAN