PETALING JAYA: Pementasan teater oleh naskhah karya Tan Sri Johan Jaaffar yang bertajuk Master Kobid akan diadakan oleh Badan Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan agensi terbabit 17 Februari ini
Menurut kenyataan media DBP, pementasan teater ini akan diadakan dari 16 hingga 18 Februari pada pukul 8 malam di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP.
Pementasan diadakan pada malam Gala Pementasan Teater Master Kobid yang akan dihadiri oleh Johan dan tetamu kenamaan yang lain.
Pementasan teater ini akan dipersembahkan oleh barisan pelakon yang cukup dikenali dalam dunia teater.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang lamanweb.dbp.gov.my atau e-mel kepada [email protected] . –utusan